Tuesday 19 January 2016

Fashion and Style

Salam semua..

Jika kita bincangkan mengenai dunia fesyen, pasti ramai mempunyai pandangan masing-masing. Setiap orang juga mempunyai gaya yang tersendiri. Bagaimanakah anda melihat fesyen itu dalam diri anda? Adakah anda seorang yg up-to-date atau tidak?

Gaya dan trend merupakan ikutan kepada diri kita. Bagaimanakah anda menggayakan diri anda sesuai dengan persekitaran dan personaliti anda?

                               

Kalau kita lihat di Barat, fesyen mereka berubah dengan pantas sekali namun, tidak terkecuali juga di kawasan Timur yang bergerak seiring bukan sekadar dalam dunia fesyen malahan pendidikan, kejuruteraan dan sebagainya.

Kita dapat lihat, fesyen muslimah kian melonjak naik. Kini, fesyen muslimah sudah menjadi satu trend pada setiap pelusuk dunia. Walaupun sesetengah daripada penggemar fesyen muslimah bukan dalam golongan Islam, tetapi mereka tetap menggemarinya kerana fesyen muslimah bukan sahaja tertakluk kepada hanya menutup aurat atau memakai tudung semata-mata sahaja.

                               

   

         



Bukan itu sahaja, ramai juga artis-artis di Malaysia sudah mula berhijab dan tidak lupa juga kepada penghijrahan saudara Islam baharu yang mula mengeluarkan sendiri produk fesyen muslimah yang kelihatan begitu cantik dan sesuai dgn peredaran masa kini.

Justeru, sebagai seorang Islam, gaya yang manakah menjadi pilihan utama anda? Mampukah anda juga menjadi mangsa fesyen terkini?

Tidak lupa juga pada yang masih belum mula memakai tudung @ hijab, anda masih lagi berpeluang untuk berfesyen. Malah, bagi yang belum bertudung, fesyen anda mungkin terhad, anda mungkin bebas menggayakan apa saja. Tepuk dada tanya selera. Anda boleh juga cuba mengintai dunia fesyen muslimah untuk masa hadapan. In-Shaa Allah.

Jom kita kupaskan mengenai personaliti dan jenis-jenis fesyen yang sesuai dengan diri anda dalam next entry Ok?

Jika ada sebarang komen atau pendapat, boleh terus komen di ruangan tersedia.

See uolls again!!! Daaaaa

No comments:

Post a Comment