Monday 18 January 2016

Alahan Ibu Mengandung dan Cara Mengatasinya

Salam semua..

Berada pada dunia kehamilan, para ibu pasti akan mengalami pelbagai jenis alahan dan ragam. Semua ini bergantung pada individu tersebut. Ada sesetengah ibu mengandung tidak mengalami langsung apa-apa alahan, itu merupakan bonus buat anda sebenarnya. Bagaimana pula bagi yang mengalami alahan yang teruk??

Di sini kita akan cuba berkongsi mengenai alahan dan ragam semasa hamil. Info yang diperolehi adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan para ibu yang lain.

                                                   

Dalam peringkat trimester pertama (1-3 bulan), ibu-ibu akan merasai alahan yang teruk sekali. Jika tidak dikawal emosi anda, bayi yang dikandung akan terjejas juga. Anda mungkin mengalami gejala seperti:

  1. Muntah
  2. Hilang selera makan
  3. Badan menjadi lesu
  4. Tidak tahan dengan bau-bauan
  5. Sering mengantuk dan bermacam-macam lagi
Gejala seperti ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi setiap wanita yang hamil.  Anda boleh mendapatkan nasihat doktor supaya boleh memantau tahap kesihatan anda dan bayi.

Perkongsian dari laman Google
                           
Pada tahap ini, janin masih lagi kecil dan inilah masa yang penting untuk kita memberikan sumber zat yang mencukupi bagi membantu tumbesarannya. 

Kebiasaan pada waktu ini jika anda pergi untuk menerima rawatan susulan untuk kehamilan anda, pihak hospital jarang mengambil risiko kerana janin anda berpotensi untuk gugur. Mulakan dulu dengan pengambilan FOLIC ACID sepanjang kehamilan anda sehingga lah temujanji anda untuk berjumpa dengan doktor untuk rekod buku kehamilan anda.

Perkongsian dari page fb Hamil Dalam 3 Bulan

Para suami disarankan supaya memberi sepenuhnya sokongan moral kepada isteri anda supaya isteri anda berasa selesa dan lebih berani menempuh alahan ini.

Simptom alahan ini kebiasaannya akan berkurangan pada bulan ke-4 dan mungkin akan terjadi semula pada bulan ke-7. Semuanya bergantung pada individu. 

Cara mengatasi alahan melampau:
  1. Ceriakan selalu hidup anda. 
  2. Elakkan tekanan perasaan emosi supaya anda lebih gembira. 
  3. Sibukkan diri dengan membaca buku, menonton televisyen dan sebagainya. 
  4. Jika anda boleh tahan dengan bau masakan, anda boleh la masak makanan yang berkhasiat untuk diri anda.
  5. Solat fardhu jangan lupa.
  6. Berdoa banyak agar kesihatan anda dan bayi selamat.
  7. Kerap makan dan berterusan walaupun anda muntah. Jangan sesekali skip waktu makan anda.

Terima kasih kepada  yang sudi membaca. Semoga penulisan kali ini bermanfaat untuk anda. Blog ditulis atas dasar berkongsi sahaja.




No comments:

Post a Comment