Monday 18 January 2016

Pregnant???Bersediakah Anda?

Salam semua.. rasanya dah lama tak update blog ni kn... so memandangkan sekarang ni tengah rajin nk update sesuatu, kita nk cuba bincangkan mengenai pregnant.

                                

Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimipikan sebuah lagi anugerah yang tidak ternilai iaitu ANAK. Yela, siapa yang tak nak anak bukan??? Namun, bukan semua wanita berpeluang untuk memiliki zuriat sendiri.

Bagi para wanita yang berpeluang mengandung, anda merupakan seorang yang amat bertuah. Jagalah kandungan anda sebaik-baiknya agar anda tidak menyesal kelak. 

Hari ini kita akan berkongsi tips persediaan untuk mengandung khusus untuk para pasangan yang tak sabar menunggunya.

                      


Gambarajah diatas menunjukkan proses ovulasi dan kesuburan wanita. Pastinya semua orang sedia maklum bagaimana untuk mengira waktu kesuburan anda bukan? Mungkin juga ada sesetengah wanita yang masih lagi belum tahu caranya. Ok, nanti kita akan ajar untuk next entry ye...

Berbalik pada persediaan mengandung, apakah sebenarnya persediaan yang perlu kita tahu? Adakah dari segi mental dan fizikal sahaja?? Jawapannya tidak....

Mula-mula anda haruslah:
  1. Bersedia mengira tempoh kitaran haid anda. Jika anda mempunyai masalah haid yang tidak teratur, anda haruslah minta nasihat doktor atau yang lebih arif.
  2. Mencari masa yang sesuai untuk bersama dengan suami anda dengan tenang. Elakkan stress yang melampau kerana ini boleh menggangu kesuburan anda dan suami. Para suami juga haruslah memainkan peranan yang penting juga ye.
  3. Amalkan supplemen FOLIC ACID. Setiap wanita memerluakan vitamin folic acid di dalam tubuh mereka. Anda boleh Google mengenai kebaikan vitamin ini. Next entry kita akan up pasal folic acid.
  4. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Isteri atau suami haruslah menjaga diet pemakanan anda supaya mengahislkan sperma dan ovum yang berkualiti. Buah kurma juga antara makanan sunnah yang terbaik untuk diamalkan.
  5. Elakkan penggunaan pembersih wanita. Sestengah pembersih wanita mempunyai bahan kimia yang mungkin mampu menghakis kesuburan anda. Dapatkan nasihat doktor anda.
  6. Cari posisi yang sesuai ketika bersetubuh. Tanyakan kepada pasangan anda mengenai kepuasan mereka ketika bersama. Pastikan kedua-dua pihak mencapai kepuasan mereka.

Sebenarnya banyak cara untuk anda bersedia menghadapi dunia kehamilan anda. Para suami juga haruslah memberi sokongan moral kepada isteri anda. Jangan harapkan isteri je yang bertungkus-lumus untuk dapatkan zuriat anda sendiri.

 Wait for the next post....
  Thank You


No comments:

Post a Comment