Monday 18 January 2016

Surah-surah Amalan Untuk Ibu Mengandung

Salam semua... bila bercakap mengenai mengandung, memang kita akan rasa teruja dan gembira tak terkata.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita pasti tahu apa yang penting untuk kita amalkan sepanjang tempoh 40 minggu kehamilan anda.

Kebiasaanya, kita diajar mengenai pemakanan sunnah, pemakanan yang berkhasiat untuk ibu-ibu, dan pelbagai lagi. Tetapi tidak lupa juga mengenai solat dan amalan mengaji kita.

                           
Yang ini saya google je.....

Jadi para ibu dan bapa boleh la amalkan surah-surah ini bagi memperoleh keberkatan untuk anak anda. Sebenarnya, semua surah dalam Al-Quran itu adalah baik tapi mana yang boleh kita amalkan tu kita ikut. Kalau nk baca 30Juz terus lagi bagus.

Oh ye, sebenarnya amalan mengaji ketika mengandung ni bukan sahaja harus dilakukan oleh ibu yang mengandung malah bapa juga haruslah bersama mengaji sebab bapa yang akan jadi ketua keluarga.

Ada seorang kawan saya beritahu, bila si suami yang mengaji disamping isteri yang sedang mengandung dan mengusap perut isterinya, In-Shaa Allah, anaknya menjadi seorang yang soleh dan solehah. Maka sama-samalah kita amalkannya.

Sekian coretan saya...

No comments:

Post a Comment