Tuesday 19 January 2016

Fashion and Style

Salam semua..

Jika kita bincangkan mengenai dunia fesyen, pasti ramai mempunyai pandangan masing-masing. Setiap orang juga mempunyai gaya yang tersendiri. Bagaimanakah anda melihat fesyen itu dalam diri anda? Adakah anda seorang yg up-to-date atau tidak?

Gaya dan trend merupakan ikutan kepada diri kita. Bagaimanakah anda menggayakan diri anda sesuai dengan persekitaran dan personaliti anda?

                               

Kalau kita lihat di Barat, fesyen mereka berubah dengan pantas sekali namun, tidak terkecuali juga di kawasan Timur yang bergerak seiring bukan sekadar dalam dunia fesyen malahan pendidikan, kejuruteraan dan sebagainya.

Kita dapat lihat, fesyen muslimah kian melonjak naik. Kini, fesyen muslimah sudah menjadi satu trend pada setiap pelusuk dunia. Walaupun sesetengah daripada penggemar fesyen muslimah bukan dalam golongan Islam, tetapi mereka tetap menggemarinya kerana fesyen muslimah bukan sahaja tertakluk kepada hanya menutup aurat atau memakai tudung semata-mata sahaja.

                               

   

         



Bukan itu sahaja, ramai juga artis-artis di Malaysia sudah mula berhijab dan tidak lupa juga kepada penghijrahan saudara Islam baharu yang mula mengeluarkan sendiri produk fesyen muslimah yang kelihatan begitu cantik dan sesuai dgn peredaran masa kini.

Justeru, sebagai seorang Islam, gaya yang manakah menjadi pilihan utama anda? Mampukah anda juga menjadi mangsa fesyen terkini?

Tidak lupa juga pada yang masih belum mula memakai tudung @ hijab, anda masih lagi berpeluang untuk berfesyen. Malah, bagi yang belum bertudung, fesyen anda mungkin terhad, anda mungkin bebas menggayakan apa saja. Tepuk dada tanya selera. Anda boleh juga cuba mengintai dunia fesyen muslimah untuk masa hadapan. In-Shaa Allah.

Jom kita kupaskan mengenai personaliti dan jenis-jenis fesyen yang sesuai dengan diri anda dalam next entry Ok?

Jika ada sebarang komen atau pendapat, boleh terus komen di ruangan tersedia.

See uolls again!!! Daaaaa

Monday 18 January 2016

Surah-surah Amalan Untuk Ibu Mengandung

Salam semua... bila bercakap mengenai mengandung, memang kita akan rasa teruja dan gembira tak terkata.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita pasti tahu apa yang penting untuk kita amalkan sepanjang tempoh 40 minggu kehamilan anda.

Kebiasaanya, kita diajar mengenai pemakanan sunnah, pemakanan yang berkhasiat untuk ibu-ibu, dan pelbagai lagi. Tetapi tidak lupa juga mengenai solat dan amalan mengaji kita.

                           
Yang ini saya google je.....

Jadi para ibu dan bapa boleh la amalkan surah-surah ini bagi memperoleh keberkatan untuk anak anda. Sebenarnya, semua surah dalam Al-Quran itu adalah baik tapi mana yang boleh kita amalkan tu kita ikut. Kalau nk baca 30Juz terus lagi bagus.

Oh ye, sebenarnya amalan mengaji ketika mengandung ni bukan sahaja harus dilakukan oleh ibu yang mengandung malah bapa juga haruslah bersama mengaji sebab bapa yang akan jadi ketua keluarga.

Ada seorang kawan saya beritahu, bila si suami yang mengaji disamping isteri yang sedang mengandung dan mengusap perut isterinya, In-Shaa Allah, anaknya menjadi seorang yang soleh dan solehah. Maka sama-samalah kita amalkannya.

Sekian coretan saya...

Siapakah Hasnida Marhanie?

Salam semua..

Pada yang pernah atau belum view blog ini, pasti tertanya siapakah gerangannya? Mesti ramai yang nak tahu atau saya saja syok sendiri...hehehehe

Oklah, nk mula dah cerita sikit. Blog ini sebenarnya blog perniagaan yang berkaitan mengenai dunia Fashion & Style, Accessories, Beads and Arts.

Jadi memandangkan admin adalah seorang wanita, isteri dan bakal ibu, admin sajelah nk up cerita yang berada di luar skop perniagaan. Sebenarnya nk berkongsi pengalaman je.

Perniagaan ini dah lama ditubuhkan tetapi akibat kekangan masa, admin terpaksa berhenti sebentar untuk urusan lain. Selepas ini, In-Shaa Allah perniagaan ni akan diteruskan semula.

Banyak yang ingin kami kongsikan kepada anda jadi teruskan setia untuk melihat post dari kami.


                                     Hasnida Marhanie.png



Alahan Ibu Mengandung dan Cara Mengatasinya

Salam semua..

Berada pada dunia kehamilan, para ibu pasti akan mengalami pelbagai jenis alahan dan ragam. Semua ini bergantung pada individu tersebut. Ada sesetengah ibu mengandung tidak mengalami langsung apa-apa alahan, itu merupakan bonus buat anda sebenarnya. Bagaimana pula bagi yang mengalami alahan yang teruk??

Di sini kita akan cuba berkongsi mengenai alahan dan ragam semasa hamil. Info yang diperolehi adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan para ibu yang lain.

                                                   

Dalam peringkat trimester pertama (1-3 bulan), ibu-ibu akan merasai alahan yang teruk sekali. Jika tidak dikawal emosi anda, bayi yang dikandung akan terjejas juga. Anda mungkin mengalami gejala seperti:

  1. Muntah
  2. Hilang selera makan
  3. Badan menjadi lesu
  4. Tidak tahan dengan bau-bauan
  5. Sering mengantuk dan bermacam-macam lagi
Gejala seperti ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi setiap wanita yang hamil.  Anda boleh mendapatkan nasihat doktor supaya boleh memantau tahap kesihatan anda dan bayi.

Perkongsian dari laman Google
                           
Pada tahap ini, janin masih lagi kecil dan inilah masa yang penting untuk kita memberikan sumber zat yang mencukupi bagi membantu tumbesarannya. 

Kebiasaan pada waktu ini jika anda pergi untuk menerima rawatan susulan untuk kehamilan anda, pihak hospital jarang mengambil risiko kerana janin anda berpotensi untuk gugur. Mulakan dulu dengan pengambilan FOLIC ACID sepanjang kehamilan anda sehingga lah temujanji anda untuk berjumpa dengan doktor untuk rekod buku kehamilan anda.

Perkongsian dari page fb Hamil Dalam 3 Bulan

Para suami disarankan supaya memberi sepenuhnya sokongan moral kepada isteri anda supaya isteri anda berasa selesa dan lebih berani menempuh alahan ini.

Simptom alahan ini kebiasaannya akan berkurangan pada bulan ke-4 dan mungkin akan terjadi semula pada bulan ke-7. Semuanya bergantung pada individu. 

Cara mengatasi alahan melampau:
  1. Ceriakan selalu hidup anda. 
  2. Elakkan tekanan perasaan emosi supaya anda lebih gembira. 
  3. Sibukkan diri dengan membaca buku, menonton televisyen dan sebagainya. 
  4. Jika anda boleh tahan dengan bau masakan, anda boleh la masak makanan yang berkhasiat untuk diri anda.
  5. Solat fardhu jangan lupa.
  6. Berdoa banyak agar kesihatan anda dan bayi selamat.
  7. Kerap makan dan berterusan walaupun anda muntah. Jangan sesekali skip waktu makan anda.

Terima kasih kepada  yang sudi membaca. Semoga penulisan kali ini bermanfaat untuk anda. Blog ditulis atas dasar berkongsi sahaja.




Pakej PA System

Salam semua...

Hari ini kita nak mempromosikan pakej PA System khas buat semua yang mencari khidmat ini. Selalunya musim kenduri-kendara, orang akan cari juruhebah muzik yang boleh mengendali alat muzik. 

Kebanyakan para pengendali muzik ini tidak mengenakan caj yang terlalu tinggi memandangkan mereka bukanlah dalam golongan profesional yang mendapat apa-apa pengiktirafan. Mungkin juga ada dalam kalangan mereka yang bertaraf profesional.

Namun, bagaimana kita boleh mencari maklumat mengenai mereka ini? 
Antara yang boleh kami perkenalkan kepada anda adalah syarikat MAREO.

Untuk info yang lebih lanjut, mungkin anda boleh menghubungi mereka seperti yang tertera. Khas untuk kawasan area Perak dan Semenanjung Malaysia.



           

Pregnant???Bersediakah Anda?

Salam semua.. rasanya dah lama tak update blog ni kn... so memandangkan sekarang ni tengah rajin nk update sesuatu, kita nk cuba bincangkan mengenai pregnant.

                                

Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimipikan sebuah lagi anugerah yang tidak ternilai iaitu ANAK. Yela, siapa yang tak nak anak bukan??? Namun, bukan semua wanita berpeluang untuk memiliki zuriat sendiri.

Bagi para wanita yang berpeluang mengandung, anda merupakan seorang yang amat bertuah. Jagalah kandungan anda sebaik-baiknya agar anda tidak menyesal kelak. 

Hari ini kita akan berkongsi tips persediaan untuk mengandung khusus untuk para pasangan yang tak sabar menunggunya.

                      


Gambarajah diatas menunjukkan proses ovulasi dan kesuburan wanita. Pastinya semua orang sedia maklum bagaimana untuk mengira waktu kesuburan anda bukan? Mungkin juga ada sesetengah wanita yang masih lagi belum tahu caranya. Ok, nanti kita akan ajar untuk next entry ye...

Berbalik pada persediaan mengandung, apakah sebenarnya persediaan yang perlu kita tahu? Adakah dari segi mental dan fizikal sahaja?? Jawapannya tidak....

Mula-mula anda haruslah:
  1. Bersedia mengira tempoh kitaran haid anda. Jika anda mempunyai masalah haid yang tidak teratur, anda haruslah minta nasihat doktor atau yang lebih arif.
  2. Mencari masa yang sesuai untuk bersama dengan suami anda dengan tenang. Elakkan stress yang melampau kerana ini boleh menggangu kesuburan anda dan suami. Para suami juga haruslah memainkan peranan yang penting juga ye.
  3. Amalkan supplemen FOLIC ACID. Setiap wanita memerluakan vitamin folic acid di dalam tubuh mereka. Anda boleh Google mengenai kebaikan vitamin ini. Next entry kita akan up pasal folic acid.
  4. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Isteri atau suami haruslah menjaga diet pemakanan anda supaya mengahislkan sperma dan ovum yang berkualiti. Buah kurma juga antara makanan sunnah yang terbaik untuk diamalkan.
  5. Elakkan penggunaan pembersih wanita. Sestengah pembersih wanita mempunyai bahan kimia yang mungkin mampu menghakis kesuburan anda. Dapatkan nasihat doktor anda.
  6. Cari posisi yang sesuai ketika bersetubuh. Tanyakan kepada pasangan anda mengenai kepuasan mereka ketika bersama. Pastikan kedua-dua pihak mencapai kepuasan mereka.

Sebenarnya banyak cara untuk anda bersedia menghadapi dunia kehamilan anda. Para suami juga haruslah memberi sokongan moral kepada isteri anda. Jangan harapkan isteri je yang bertungkus-lumus untuk dapatkan zuriat anda sendiri.

 Wait for the next post....
  Thank You