Friday 26 February 2016

Subjek Matematik Susah?

Salam semua..

Bila bercakap mengenai soal Matematik, pasti akan timbul satu jawapan dalam otak kita iaitu SUSAH. Benarkah Matematik itu susah?

Jika di zaman kegemilangan saya belajar dulu, subjek Matematik kami diterapkan dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Memandangkan saya berasal dari sekolah Jenis Kebangsaan Cina, saya cuma mahir menguasai Matematik dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sahaja.
Jika disuruh jawab soalan Matematik dalam Bahasa Malaysia, pasti saya menolak keras. Tetapi, tidak pula timbul kesusahan dalam dunia Matematik.
Subjek Matematik adalah subjek kegemaran saya. Mungkin sebab dari sekolah rendah lagi, kami ditekankan dengan Matematik lebih kuat, lalu minat mula timbul.

Saya merupakan seorang pengajar Matematik. Saya bukanlah seorang guru tetapi saya minat mengajar subjek Matematik. Setiap tahun saya akan ambil maksimum 5 orang pelajar dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 untuk belajar Matematik dengan saya. Alhamdulillah, mereka berjaya menguasainya. 


Ada masanya pula saya akan ambil pelajar Melayu yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang ingin menguasai Bahasa Cina terutama di peringkat sekolah rendah.


Berbalik kepada topik kita, bersediakah anak-anak anda untuk memahami mengenai Matematik?

                                  


Apa itu Matematik?

Ilmu hisab adalah satu lagi nama bagi perkataan matematik melalui rujukan daripada Kamus Dewan berbalut merah muka surat 1007. Kefahaman saya tentang perkataan matematik ini adalah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan, nombor, penyelesaian, dan simbol-simbol tertentu. Namun definisi ini masih tidak menjawab persoalan minda saya.



Mengapa Saya Perlu Belajar Matematik?

Matematik merupakan mainan harian kita tanpa sedari. Ini adalah hakikat yang tidak dapat kita nafikan kerana terlalu banyak bukti yang memaparkan kenyataan tersebut. Contohnya apabila kita bangun pada pagi hari, pertama sekali kita akan melihat jam dan mengira kedudukan bilah-bilah jam untuk mengetahui waktu. Itu baru perkara yang kita lakukan ketika baru bangun tidur tidak termasuk lagi perkara-perkara lain seperti membayar wang minyak kenderaan, menerima wang gaji bulanan, mengira mata permainan jika kita sedang bermain, dan banyak lagi. Malah, penggunaan matematik amat penting dalam mendapatkan keputusan yang tepat. Contohnya, pada acara lumba lari dalam sukan Olimpik iaitu pengiraan kelajuan seorang pelumba lari haruslah menggunakan formula kelajuan dengan tepat. Keputusan seperti berat sesuatu haruslah tepat dengan menggunakan unit yang sesuai.



Cara Mudah Belajar Matematik?


Belajar matematik perlu ada teknik. Tak boleh pakai hentam sahaja. Ibu bapa boleh cuba hantar anak anda ke pusat tuisyen yang sedia ada. Jika anak anda masih gagal selepas pergi tuisyen, maka, saya cadangkan hentikan saja kelas tuisyen tersebut dan cari yang lain pula. Mungkin teknik yang diajar itu tidak sesuai dengan anak anda, mahupun guru yang mengajar itu sekadar mengajar dengan tujuan menambahkan pendapatan tanpa memikirkan kemajuan muridnya. Maaf ya, memang ada kes-kes sebegini berlaku. Ini bukan tuduhan tetapi satu kenyataan.


Perkara UTAMA yang membantu kita faham matematik dengan mudah adalah penggunaan formula yang ringkas dan tidak terlalu berbelit-belit. Matematik menjadi susah bila guru kurang memberi penekanan pada penggunaan formula yang sesuai yang ringkas hingga pelajar menjadi pening kepala dan merasakan matematik itu susah. Oleh itu, langkah pertama adalah mendapatkan guru yang tahu akan formula teringkas dan termudah ini atau jika tiada cari buku panduan matematik yang sesuai. Sebaiknya jangan guna buku teks sekolah atau buku rujukan peperiksaan. Rahsia matematik tidak tertulis dalam buku-buku sebegini dan cuma didedahkan dalam buku-buku yang khas sahaja.


Jika hendak dikatakan Matematik itu susah, tetapi setiap hari kita berhadapan dengan Matematik tanpa kita sedari. Justeru, cuba kita tetapkan minda kita dengan mengatakan SENANG untuk Matematik. Saya yakin, pasti semua orang boleh belajar Matematik dengan mudah.

Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelas dan teknik belajar Matematik dengan mudah, boleh terus hubungi saya.

Liya: 013-4146801 (Kawasan sekitar Batu Gajah, Seri Iskandar, Perak)



No comments:

Post a Comment