Friday 26 February 2016

Kelas Antenatal Untuk Bakal Ibu dan Ayah

Salam semua...

Kalau di negara Barat, bila wanita itu disahkan mengandung, memang wajib dia pergi ke kelas antenatal. Tetapi di Malaysia ia bukan perkara wajib. Bagaimanapun sekarang ini, kelas antenatal semakin mendapat perhatian dan ramai bakal ibu ayah terutama yang akan menimang cahaya mata pertama pergi ke kelas antenatal. Sebelum itu, anda tahu tak apa itu kelas antenatal?

Kelas antenatal adalah sesi di mana bakal ibu ayah berpeluang menimba pelbagai jenis ilmu sebagai persediaan mental, spiritual, psikologi dan penjagaan kesihatan menyambut kelahiran bayi. Biasanya dalam kelas tersebut, bakal ibu ayah akan mempelajari ilmu berkenaan kehamilan, proses kelahiran, penjagaan bayi selepas lahir, penyusuan susu ibu, penjagaan ibu dalam pantang dan lain-lain yang berkaitan dengan ibu dan anak.

Kenapa kelas ini dikatakan bagus?


1. Persediaan jadi ibu ayah

Bagi yang baru pertama kali hendak bergelar ibu ayah tentu sahaja tiada sebarang maklumat berkenaan hal mengandung, melahirkan anak dan menjaga anak. Tentu ada banyak persoalan yang bermain di fikiran masing-masing. Dengan menghadiri kelas antenatal, anda berpeluang berjumpa dengan para pakar bertauliah mengikut bidang masing-masing. Anda boleh terus bertanyakan soalan kepada mereka berbanding mencari maklumat sendiri di internet dan buku.

                             


2. Gambaran awal

Sekiranya mengikut kelas antenatal di hospital bersalin pilihan, anda akan dibawa melawat ke sekeliling bilik bersalin. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak ia memberi gambaran awal keadaan bilik bersalin ketika proses kelahiran bayi. Ini sekali gus membuatkan anda lebih bersedia dan dapat membiasakan diri dengan prosedur hospital dan mengetahui apa yang bakal berlaku.

                   

3. Kenal doktor

Secara tidak langsung anda dapat mengenali doktor pakar perbidanan dan sakit puan, doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar bius, pakar pemakanan, ahli fisioterapi, pakar laktasi, para jururawat dan lain-lain lagi dengan lebih dekat. Kesemua doktor tersebut akan anda temui sepanjang mengandung, melahirkan anak dan pemeriksaan bayi kelak jika memilih hospital berkenaan sebagai hospital bersalin.

                        


4. Belajar teori dan praktikal

Di dalam kelas ini, anda akan diajar berkenaan apa yang berlaku sepanjang tempoh mengandung, pemakanan yang baik semasa mengandung, senaman khusus untuk ibu hamil, maklumat tentang proses bersalin dan kelahiran bayi, prosedur perubatan, pilihan penggunaan ubat penahan sakit, cadangan terkni mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik meneran, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, pilihan kaedah bersalin, demonstrasi penjagaan bayi baru lahir, penjagaan ibu selepas bersalin dan banyak lagi. Kesemua perkara tersebut adalah perkara penting yang mesti diketahui oleh bakal ibu dan ayah. Jika tidak belajar, sudah tentu anda langsung tidak mempunyai maklumat berkenaan. Sekurang-kurangnya ketika proses kelahiran bayi, ibu tahu apa yang patut dilakukan.

                          



5. Belajar tentang penyusuan

Bukan semua ibu hamil tahu menyusukan bayi dengan susu ibu selepas melahirkannya. Dengan menghadiri kelas antenatal, anda dapat belajar cara bagaimana hendak menyusukan bayi buat pertama kali. Pakar laktasi akan mengajar secara teori dan praktikal (menggunakan model anak patung) cara menyusukan bayi. Ini sangat membantu anda lebih berkeyakinan untuk terus menyusukan bayi sebaik melahirkannya dan tidak panik dengan situasi yang dihadapi kelak.

                                       

6. Untuk bakal ayah juga

Paling penting bakal ayah juga sama-sama mempelajari ilmu keibubapaan. Jadi, selepas ini tiada lagi alasan hanya ibu sahaja yang boleh menguruskan bayi. Melalui kelas ini bakal ayah akan tahu tentang perkembangan bayinya sejak dalam kandungan ibu lagi. Sekurang-kurangnya ia menjadi salah satu cara membina ikatan kuat antara bayi dan ayah.

                          

Sebaiknya, bakal ibu digalakkan menyertai kelas antenatal sebaik sahaja disahkan hamil. Belum sertai kelas antenatal? Jangan risau kerana anda masih boleh menyertainya. Bagaimanapun, ada baiknya daftarkan diri ketika kandungan berusia 30 minggu ke bawah di mana-mana hospital swasta atau hospital kerajaan. Tak rugi pun pergi!


Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan ibu hamil dari awal sebelum terlambat.



Tips Untuk Mengatasi Masalah Mengantuk Sepanjang Kehamilan

Salam semua...

Mudah letih dan mengantuk di awal kehamilan adalah perkara biasa dalam kalangan ibu hamil. Kadang kala ada bakal ibu yang mengalami mengantuk berlebihan sehingga tidak dapat dikawal dan perlu melelapkan mata seketika walaupun ketika itu sedang bekerja di pejabat.
Jika dibiarkan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu produktiviti anda di pejabat. Jadi, apa langkah terbaik yang mesti dilakukan? Sebelum itu anda perlu memahami apa yang berlaku pada badan ketika proses awal kehamilan berlaku.


                                     

Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening. Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan.
Tentu memalukan jika setiap hari anda keletihan hingga pernah tertidur di atas meja kerja kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi. Oleh itu anda memerlukan strategi khas untuk berhadapan dengan rasa letih dan mengantuk ini supaya tidak mengganggu produktiviti kerja di pejabat. Cuba praktiskan beberapa tip berikut:
  1.  Masuk tidur lebih awal daripada biasa pada waktu malam.                                                 Jika anda dihantar oleh suami ke pejabat, anda boleh ambil peluang masa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah untuk melelapkan masa seketika. Ia membantu anda berasa lebih segar. 
  1. Bekerja dari rumah.                                                                                                               Jika pejabat membenarkan anda bekerja dari rumah, jangan lepaskan peluang tersebut. Anda boleh bekerja dengan lebih selesa dari rumah dalam keadaan yang tidak stabil di awal kehamilan. Jika tiada peluang tersebut, mungkin anda boleh ambil cuti seminggu sekali supaya tidak terlalu berat menjalani hari-hari kerja. Elakkan daripada bekerja luar pejabat jika tidak perlu.
  1. Amalkan pengambilan makanan sihat.                                                                             Sayur-sayuran, buah-buahan serta daging tanpa lemak boleh memberi tenaga tambahan. Makanan ringan hanya membuatkan tenaga anda cepat berkurangan. Jika tiada selera makan, biasakan makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap. Jangan lewatkan waktu makan. Sentiasa bawa snek berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa.

                                  

  1. Banyak minum air.                                                                                                           Apabila badan kekurangan air, anda akan semakin mudah letih dan tidak bertenaga. Oleh itu pastikan sentiasa membawa botol air masak ke mana sahaja anda pergi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan baik untuk kesihatan janin serta keadaan air ketuban dalam rahim.

                                   

  1. Buat senaman ringan.                                                                                                          Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, anda boleh cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.

                                    




Sekian....

Make Up Artist

Salam semua...


Tahukah anda bahawa mencari jurumekap yang professional sangat susah dan harganya mahal? Berbaloilah dengan service yang diberi.

Disini saya ingin memperkenalkan hasil MUA sahabat saya sendiri. Ini bukan kes promote kawan tapi ini antara yang saya rekomen.






                            




                                

                                 


                                   




         
            MUA Cahaya Kaseh Dhia: 014-3494292

            FB Page: Cahaya Kaseh Dhia
                                 

Nak dapat harga promosi boleh petik nama Liya ye...heheheh


Subjek Matematik Susah?

Salam semua..

Bila bercakap mengenai soal Matematik, pasti akan timbul satu jawapan dalam otak kita iaitu SUSAH. Benarkah Matematik itu susah?

Jika di zaman kegemilangan saya belajar dulu, subjek Matematik kami diterapkan dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Memandangkan saya berasal dari sekolah Jenis Kebangsaan Cina, saya cuma mahir menguasai Matematik dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sahaja.
Jika disuruh jawab soalan Matematik dalam Bahasa Malaysia, pasti saya menolak keras. Tetapi, tidak pula timbul kesusahan dalam dunia Matematik.
Subjek Matematik adalah subjek kegemaran saya. Mungkin sebab dari sekolah rendah lagi, kami ditekankan dengan Matematik lebih kuat, lalu minat mula timbul.

Saya merupakan seorang pengajar Matematik. Saya bukanlah seorang guru tetapi saya minat mengajar subjek Matematik. Setiap tahun saya akan ambil maksimum 5 orang pelajar dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 untuk belajar Matematik dengan saya. Alhamdulillah, mereka berjaya menguasainya. 


Ada masanya pula saya akan ambil pelajar Melayu yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang ingin menguasai Bahasa Cina terutama di peringkat sekolah rendah.


Berbalik kepada topik kita, bersediakah anak-anak anda untuk memahami mengenai Matematik?

                                  


Apa itu Matematik?

Ilmu hisab adalah satu lagi nama bagi perkataan matematik melalui rujukan daripada Kamus Dewan berbalut merah muka surat 1007. Kefahaman saya tentang perkataan matematik ini adalah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan, nombor, penyelesaian, dan simbol-simbol tertentu. Namun definisi ini masih tidak menjawab persoalan minda saya.



Mengapa Saya Perlu Belajar Matematik?

Matematik merupakan mainan harian kita tanpa sedari. Ini adalah hakikat yang tidak dapat kita nafikan kerana terlalu banyak bukti yang memaparkan kenyataan tersebut. Contohnya apabila kita bangun pada pagi hari, pertama sekali kita akan melihat jam dan mengira kedudukan bilah-bilah jam untuk mengetahui waktu. Itu baru perkara yang kita lakukan ketika baru bangun tidur tidak termasuk lagi perkara-perkara lain seperti membayar wang minyak kenderaan, menerima wang gaji bulanan, mengira mata permainan jika kita sedang bermain, dan banyak lagi. Malah, penggunaan matematik amat penting dalam mendapatkan keputusan yang tepat. Contohnya, pada acara lumba lari dalam sukan Olimpik iaitu pengiraan kelajuan seorang pelumba lari haruslah menggunakan formula kelajuan dengan tepat. Keputusan seperti berat sesuatu haruslah tepat dengan menggunakan unit yang sesuai.



Cara Mudah Belajar Matematik?


Belajar matematik perlu ada teknik. Tak boleh pakai hentam sahaja. Ibu bapa boleh cuba hantar anak anda ke pusat tuisyen yang sedia ada. Jika anak anda masih gagal selepas pergi tuisyen, maka, saya cadangkan hentikan saja kelas tuisyen tersebut dan cari yang lain pula. Mungkin teknik yang diajar itu tidak sesuai dengan anak anda, mahupun guru yang mengajar itu sekadar mengajar dengan tujuan menambahkan pendapatan tanpa memikirkan kemajuan muridnya. Maaf ya, memang ada kes-kes sebegini berlaku. Ini bukan tuduhan tetapi satu kenyataan.


Perkara UTAMA yang membantu kita faham matematik dengan mudah adalah penggunaan formula yang ringkas dan tidak terlalu berbelit-belit. Matematik menjadi susah bila guru kurang memberi penekanan pada penggunaan formula yang sesuai yang ringkas hingga pelajar menjadi pening kepala dan merasakan matematik itu susah. Oleh itu, langkah pertama adalah mendapatkan guru yang tahu akan formula teringkas dan termudah ini atau jika tiada cari buku panduan matematik yang sesuai. Sebaiknya jangan guna buku teks sekolah atau buku rujukan peperiksaan. Rahsia matematik tidak tertulis dalam buku-buku sebegini dan cuma didedahkan dalam buku-buku yang khas sahaja.


Jika hendak dikatakan Matematik itu susah, tetapi setiap hari kita berhadapan dengan Matematik tanpa kita sedari. Justeru, cuba kita tetapkan minda kita dengan mengatakan SENANG untuk Matematik. Saya yakin, pasti semua orang boleh belajar Matematik dengan mudah.

Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelas dan teknik belajar Matematik dengan mudah, boleh terus hubungi saya.

Liya: 013-4146801 (Kawasan sekitar Batu Gajah, Seri Iskandar, Perak)



Thursday 18 February 2016

Upah Gubahan Hantaran

Salam semua...

Kalau tiba musim kahwin, pasti ramai yang sibuk mencari persiapan perkahwinan. Selalunya yang paling sibuk tentulah bakal pengantin bukan??? Tidak terkecuali juga ibu bapa dan ahli keluarga pengantin yang turut sibuk membantu pengantin menyediakan persiapan mereka.

Apa yang penting, anda mestilah tahu senarai semak untuk anda buat persiapan agar majlis anda teratur dan memuaskan hati.

Di sini, kami ada menerima tempahan gubahan hanataran untuk majlis anda. Design bergantung kepada permintaan anda. Kami akan berusaha memenuhi kriteria yang anda mahukan.

Harga bergantung kepada jenis design yang dipinta. Andai kata design tu agak rumit dari segi material, mungkin harga mahal dari biasa.

Contoh hantaran pada gambar-gambar di bawah, setiap dulang hantaran kami kira atas kualiti bunga dan barangan tambahan yang lain bagi mencantikkan lagi.








Contoh hantaran berkonsepkan buah epal hijau ni adalah hasil kreatif kawan baik admin sendiri. Kalau ada yang berminat boleh la hubungi dia. Dia bukan sekadar pengubah hantaran malah dia juga seorang MUA dan Photographer. 

So uolls yang nak pakej ni semua boleh la hubungi dia. 

Owner: Shadatul Nadia : 014-3494292

FB Page: Cahaya Kaseh Dhia

Ni Owner Cahaya Kaseh Dhia.....cantik kan??

Untuk sebarang pertanyaan mengenai gubahan hantaran, tempahan baju, PA System boleh la hubungi Liya: 013-4146801

Update mengenai baju kita akan buat untuk next entry ye...