Monday 29 August 2016

Persiapan Untuk Bayi Baru Lahir

Salam semua..

Lama sangat dah rasanya tak ada update any entry. Pasti ramai yang tertunggu bukan? Eh, ada ke yang tunggu?
Ok lah, malas nk membebel lama2 meh sini nk kongsi tips sikit persiapan untuk bayi baru lahir terutama yang dapat First Baby tu....

Selalunya kalau pergi shopping beli barang baby ni, ibu-ibu la yang paling syok sekali. Kalau boleh satu kedai tu dia nak beli... Melampau sangat kn? Hahahha... Sebenarnya tidak salah untuk beli macam2 keperluan untuk baby yg bakal lahir tu tapi mungkin ibu-ibu boleh membeli mengikut kadar kemampuan.. (Eh, aku ada duit la sebab tu beli banyak ok!! Duit aku, bkn duit engkau..!!)

Yes, memang betul tu duit anda sendiri tapi tidak nampakkah seperti membazir di situ? Nk tahu kenapa membazir? Ini kerana, baby membesar dengan cepat tanpa kita sedari. Jadi, kalau beli baju banyak2 pn kalau dh tak muat mcm mana? Memang adik2 dia blh pakai kemudian hari tapi tu cerita akan datang yang kita hanya merancang tapi Allah SWT yang tentukan.

Ok, berbalik kepada topik kita mengenai persiapan si manja anda, pasti ramai yang agak pening memikirkan keperluan asas yang paling utama dibeli sebelum kelahiran si manja. Di sini, kita nk bincangkan ada dua perkara iaitu:

A) Keperluan Utama (perlu dibeli dan dibuat persiapan sebelum kelahiran bayi)

B) Keperluan Sampingan (boleh dibeli kemudian hari selepas kelahiran bayi) 



Wahhh...macam menarik pulak kn?? Paham betul2 tau... Ada dua perkara kat sini iaitu SEBELUM dan SELEPAS... Ini pn saya baru dapat tahu melalui pengalaman sendiri dan kawan2... So apa salahnya saya nk berkongsi dengan anda semua bukan?

Tips Pertama :::

A) Keperluan Utama (perlu dibeli dan dibuat persiapan sebelum kelahiran bayi)

  • 1 Packet Lampin NewBorn
  • 3 atau 4 pasang baju lengan pendek
  • 3 atau 4 pasang baju lengan panjang
  • 3 pasang Mittens and Booties (sarung tangan dan kaki)
  • 2 - 3 helai tuala mandi (nak beli lebih pun boleh sebab kena guna untuk lap bayi)
  • Kain lampin
  • Set Toiletries
  • Blanket baby (yg ada Hood)
  • Tisu Basah
  • Barut bayi (wajib ada untuk elak bayi kembung perut)
  • Kain Bedung
  • Selimut
  • Minyak Telon (jenama ikut kesukaan anda)
  • Beg (untuk diisi barang keperluan dan dibawa ke Hospital)   
  • Container besar (untuk simpan barang bayi) *letak kat rumah* senang untuk pengurusan anak
  • Changing Mat

B) Keperluan Sampingan (boleh dibeli kemudian hari selepas kelahiran bayi) 

  • Stroller and Car Seat
  • Katil Bayi


See....beli je sikit-sikit. Tak perlu beli semua sekali harung.. Lepas ni nak beli baju fesyen apa pn boleh. Tak perlu nk risau. 

Ni nak cerita satu pengalaman dimana saya terserempak dengan seorang ibu yang baby boy dia pakai baju mcm girl. Mula-mula ingatkan girl rupanya boy. Bila bersembang barulah dapat tahu, masa ibunya mengandung, doktor scan kata baby girl tapi sekali baby lahir baby boy. Haaaa..... pening kepala terus nk pikior. Persiapan dh beli semua untuk baby girl. Nak tak nak, baby dia kena pakai la juga sebab dh beli. Rugi la mcm tu..

Jadi, pengajaran disini, belilah baju baby anda tu yg Unisex, means, baby boy or girl pn leh pakai. kalau tak, kesian baby tu. Hehhehehe



No comments:

Post a Comment