Wednesday 2 March 2016

Hantar Anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina???

Salam semua...
Bermula anak-anak ke usia 5~6 tahun, ibu bapa pasti sibuk dengan pengurusan anak-anak ke tadika atau taska sebagai persediaan untuk anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Harian.
Namun, ada juga ibu bapa yang terpikir untuk hantar anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi menambahkan lagi ilmu bahasa dalam diri. 
Tetapi, pernahkah anda terpikir sejauh mana keyakinan anak-anak anda untuk menguasai bahasa cina?
Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC, antara pro yang amat jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari 3 bahasa.

Kontranya ialah penguasaan ilmu agama Islam kepada anak-anak kita. Oleh itu ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah. Ini kerana sesetengah kelas agama di SJKC kurang berbanding SRK. 
Jadual waktu mereka lebih kepada subjek-subjek yang lain.
             

Justeru, sebelum kita membuat apa jua keputusan untuk anak-anak kita, sebagai ibu bapa kita haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental.
Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sebagai salah seorang anak murid di SJKC untuk ibu bapa yang berhajat untuk menghatar anak-anak ke SJKC supaya dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak:

1. Hantar anak-anak ke tadika yang ditempatkan di sekolah cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. 
Contohnya, jika kita nak hantar anak kita ke SJKC Yuk Kwan, hantarlah anak kita ke Tadika Yuk Kwan dari umur 5 @ 6 tahun. Ini memudahkan transisi ke darjah 1. Semasa zaman saya dahulu, ibu bapa saya akan hantar kami adik beradik ke tadika Agama Islam pada usia 5 tahun manakala pada usia 6 tahun barulah kami dihantar ke tadika cina.
Anda tidak perlu hantar anak-anak ke tadika yang glamour yang kononnya boleh menjadikan anak anda mahir dalam bahasa cina. Tidak perlu membazir sebab anak-anak perlu diberi masa.


2. Kenali cikgu-cikgu anak anda untuk mengenalpasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ni semuanya sibuk belaka kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid hari-hari.


3. Tubuhkan satu kumpulan sokongan support group dengan ibu bapa yang lain supaya dapat bantu membantu. 
Ini adalah berdasarkan pengalaman parents salah seorang anak murid saya.
Oleh kerana sekolah Cina wajib buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari, senarai homework  selalunya akan disalin atas papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak salin nanti dia tidak tahu homework mana nak dibuat. Semasa buku homework di pass up dan anak kita tak buat homework, dia akan dimarahi oleh guru. 
Hal ini bertujuan untuk memperbaiki sikap anak-anak kita dalam disiplinkan diri. Jika kita campur tangan bila guru marah anak kita, nanti anak kita bakal di boikot oleh guru. Selagi guru menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah, kita tak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak kita buat semua homework


4. Semak buku-buku anak anda yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberi tekanan kepada anak kita. Salin jadual waktu dengan cermat. Jika ada ujian ejaan bahasa cina pastikan anak-anak buat hafalan. Kalau salah pasti kena!


5. Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan kelonggaran tidak diberikan. Oleh itu ibu bapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat. Rambut harus pendek seperti peraturan. Kuku kena pendek. Lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Hari murid-murid pakai baju sukan mesti pakai baju sukan. Hari Isnin sila datang awal kerana ada perhimpunan. Jika langgar peraturan anak kita akan dilabel bermasalah dan ini akan mengganggu prestasi akdemik mereka.


6. Bagi orang Islam, sediakan bekal jika was-was makanan kantin. Cari parents yang buat business bekalan halal untuk anak kita jika tiada masa. Tetapi sekarang dah banyak SJKC yang dh ada makanan halal. Pastikan pengusaha kantin itu benar-benar orang Islam dan bersih. 


7. Jika anda tak nak hantar anak anda ke kelas tuisyen sekolah (sampai pukul 3), carilah pusat tuisyen untuk dia. Ini kerana penguasaan bahasa cina bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Kelas tambahan sebenarnya sedikit sebanyak membantu mereka untuk fasih menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa cina.
Jika anda fasih berbahasa cina, ini tidak menjadi masalah untuk anak anda kerana dia mempunyai shabat untuk bercakap bahasa cina di dalam rumah selain di sekolah. Praktis bercakap hari-hari amat penting.
Jika hantar anak kita ke SAR pastikan homework siap sebelum tidur.


8. Kena marah dengan cikgu adalah perkara biasa terutamanya cikgu yang suka bising-bising, jadi jangan sensitif sangat dan minta sediakan mental anak kita untuk menerima keadaan tersebut.


9. Jika muslim, kenali Ustazah / Ustaz di sekolah anak anda. Pastikan silibus agama diajar. Ajar anak anda sendiri baca fatihah, surah lazim dll.
Jangan hantar anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Anak-anak akan berasa kurang seronok dan pembelajaran akan merosot. Cikgu juga menjadi stress nak uruskan anak-anak yang ibu bapa mereka lepas tangan.
InsyaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar ke SJKC. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa luar sekolah, lagilah baik, akhirat juga terbela. 

Sekian dari saya.
Pengalaman belajar di SJKC sangatlah seronok. Tak cuba tak tahu.

No comments:

Post a Comment