Thursday 29 September 2016

Dilema Berat Badan Sepanjang Tempoh Kehamilan

Salam Semua...

Semasa mengandung, ibu mengandung akan berselera lebih tinggi berbanding orang yang tidak hamil. Kalau yang tiada masalah alahan dan selera makan, memang semua dia teringin nak makan atau dengan alasan mengidam.

Sedar tak sedar, di hujung kehamilan berat badan bertambah melebihi berat yang sepatutnya untuk ibu mengandung. Sudahnya risau macam mana hendak dapatkan kembali berat badan asal bila sudah bersalin nanti.

Kalau tidak bernasib baik, ada ibu hamil yang dapat penyakit diabetes atau masalah obesiti. Semua gara-gara terlebih makan! Isu ini nampak remeh tapi kalau tidak diberi perhatian sewajarnya ada banyak risiko yang boleh berlaku kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pertambahan berat yang betul akan melindungi kesihatan ibu dan bayi. Ibu yang berat badannya bertambah terlalu sedikit akan meningkatkan risiko kelahiran bayi terlalu kecil (kurang daripada 2.4 kg). Sementara ibu yang berat badannya meningkat berlebihan pula berisiko melahirkan bayi pra matang ataupun terlalu besar saiznya.

Pertambahan berat badan pada kadar yang stabil akan mengurakan risiko ibu mengalami buasir, varicose veins, kesan regangan, sakit belakang, kelesuan, masalah penghadaman dan kesukaran bernafas. Oleh itu, pastikan berat badan ibu hamil semua berada pada skala yang betul.

Guna carta ini sebagai panduan:

Bayi        3kg
Plasenta    0.45kg - 0.9kg
Air ketuban    0.9 kg
Rahim        0.9 kg
Payudara    0.9 kg
Darah        1.3 kg
Bendalir tisu    1.8 kg
Simpanan lemak    3.1 kg

Petunjuk pertambahan berat

1. Berat badan normal sebelum hamil

* Peningkatan antara 11kg hingga 16kg.
* Penambahan 1.3 - 1.8kg di trimester pertama.
* Penambahan kira-kira 0.5kg seminggu pada bulan ketujuh dan kelapan.
* Penambahan kira-kira 0.5 - 0.9kg seminggu di bulan kesembilan.
* Pertambahan 300 kalori setiap hari membolehkan anda mencapai sasaran ini.


2. Berat badan kurang sebelum hamil

* Peningkatan 12kg hingga 18kg (bergantung kepada berat sebelum mengandung).
* Peningkatan 2.3 - 2.7kg di trimester pertama.
* Peningkatan 0.5 - 0.9kg seminggu di enam bulan terakhir.


3. Kehamilan berganda (kembar dua, tiga atau lebih)

Ibu perlu merujuk kepada doktor bagi mengetahui jumlah berat badan yang perlu ditambah. Ia bergantung kepada jumlah bayi yang dikandung.


4. Berat badan berlebihan sebelum hamil

* Peningkatan antara 7kg hingga 11kg.
* Peningkatan yang sangat sedikit dalam tiga bulan pertama (0.5 - 0.9kg).
* Peningkatan kurang daripada 0/5kg seminggu dalam enam bulan terakhir kehamilan.


Jom sama2 sihat semasa mengandung.

No comments:

Post a Comment